Friday, July 29, 2011

PERCAYA


Masa kecik2 dulu, aku minat sangat pasal angkasa. Kapal angkasa, planet2. Aku teramatlah obsess sampai bila aku boring2, aku lukis roket. konon2 design. Dinding bilik tidur aku abis aku lukis dengan gambar2 planet dalam orbit, siap ada penerangan tentang suhu, arah putaran, etc. lebey kurang graffiti la kan, cuma aku guna water color beli kat kedai runcit. Penah berangan nak jadi jet fighter pilot sebab kebanyakan yang pi outer space adalah bekas pilot, especially from Russian space program.

Tapi bila makin dewasa, aku mula rasa impian nak pi angkasa lepas cam mustahil ja, untuk Malaysian. Maklumlah, bukan senang2 beb.Malaysia plak, entah tahun bila mau lancar roket sendiri. So, I stopped thinking about goin to space.

Tapi, tak disangka-sangka, sekarang dah ada angkasawan Malaysia pertama, sheikh muszaphar shukor. Tak kesahlah, apa cara dia pi sekalipun, janji dia dah pi. Kebanyakan yang gi space adalah engineer, scientist, fighter pilot (U.S & Russian space program). Tapi, 1st Malaysian adalah Doc. Pergh, mai mana kan?!

My point is, we never know,.


Tuesday, July 26, 2011

Errm, nak Tanya skit boleh? Kalau xnak jawab pun xpa


Bila aku kena balik Malaysia for bad, ada jugak soalan dari kawan-kawan bila chatting YM atau FB.

X: atip, nak Tanya skit boleh? Kalau xnk jawab pun xpa
Atip: apa soalan?
X: ermm,. Ko kene bayar sume ke utang ngan MARA?
Atip: Yup.

Mula-mula bila diaju soalan camni, memang lah rimas sikit. Bukan apa, aku kadang2 tak suka sangat kalau orang lain simpati kat aku. Plus, kadang2 memang agak down bila memikirkan beban tuh. Tapi makin lama, aku dah immune. Penah sekali masa aku lepak ngan member, dia cakap:

“atip, hang punya financial skang negative la?! Hang ada hutang tapi tak keja lagi! ngeh3x”

Aku jawab, “hahaha,. Lebey kurang camtuhlah”,.

Aku ambil masa juga nak tenangkan hati dengan perkara2 camni? Perkara lepas dahpun berlaku. Aku ada pilihankah?

1) Aku ada 2 pilihan. Pertama, kecewa dengan hidup, putus asa, bawa diri seolah-olah esok tiada lagi. Kedua percaya bahawa esok masih ada.

Syukur, dalam keadaan yang amatlah tertekan, kebuntuan, dipinggirkan, kesunyian, aku masih mampu memilih pilihan kedua. Sesetengah orang bersimpati dengan aku. Bagaimana aku nak teruskan hidup dalam keadaan bebanan di bahu yang seolah-olah tiada penghujung.

Jawapannya mudah. PERCAYA! dan RENCANA!

PERCAYA gerhana takkan selamanya.

  • Kalau kita act like a loser, sampai mati pun orang cop loser. Tapi kalau kita fight, at least kita ada honor!
  • Bila aku terdengar kisah kawan-kawan yang result SPM biasa2 saja, tapi sekarang dapat pekerjaan yang baik, ia sedikit sebanyak bagi inspirasi pada aku. Bila aku dengar kisah kawan-kawan , yang lebih kurang senasib dengan aku, tapi masih tak mengalah, itu sumber inspirasi aku juga. Umur aku masih 20-an, masih banyak peluang di hadapan. Seorang cendiakawan pernah berpesan, jangan lihat hidup ini sebagai graf linear. Lihatlah ia sebagai graf exponential.
  • Jangan serik untuk menaruh impian. Ada orang panggil ‘angan-angan’. Ada orang panggil ‘bermimpi siang hari’. Biarla apa orang kata, sebab depa tak tau apa2. Aku terpaksa bermimpi sebab tu ja cara aku menjadi seorang optimis dan terus hidup. Percaya pada segala kemungkinan. Ain’t no mountain high enuff, ain’t no river wide enuff. Limitlesssssssssssssssssssss………………………………………..

RENCANA strategi dan usaha yang berkesan. Elakkan kesilapan lalu berulang.
  • Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh ‘add value’ pada diri kita. ‘Improve’ diri dari pelbagai aspek dengan menyertai pelbagai program. Sekurang-kurangnya dapat lah kita lupakan duka, sambil menambah kenalan buat penghibur, peneman.
  • Letakkan target dan berusaha untuk capai. Tak perlu pressure diri bagai nak gila. Usaha ja,.
Emosi mau kuat! Mungkin kadang-kadang kita terasa hati sebab member mula menjauh diri, atau x layan kita cam dulu lagi. Husnuzonlah,. Mungkin dorang sibuk, kesian kat kita atau x puas hati ngan kita. Tapi kalau obviously kena dump ngan awek atau member, terimalah hakikat, yang kita adalah suckster and loser. Adat dunia, sapa nak amik gambar ngan pengemis.

Aku bukanlah model yang berjaya. Masa menulis ni pun, aku x grad dan x kerja pun lagi. Tapi sekurang-kurangnya aku masih meneruskan hidup dan tak bunuh diri. Nauzubillah, minta simpang. Syukur family masih kuat menyokong. Dan sepanjang menaruh ‘PERCAYA’ dan meRENCANA, jangan lupa BERDOA. Sebab Dialah yang mengatur hidup kita. Berdoa agar dimurahkan rezeki, dikuatkan hati, usaha diberkati. Tingkatkan motivasi dengan apa cara sekalipun. Tapi, jgn amik drug! mau mampus!? Layanlah movie cam 'Flash of Genius'. Best bro,..

WALAU SESUCKSS MANAPUN PERJALANAN INI,
HIDUP MESTI TERUS!