Salam to all,
Dalam dok jengok facebook, tetiba terserempak dengan satu artikel blog mengenai kematian pelajar RMC: http://nazrinafifinasruddin.blogspot.com/2010/06/rmc-boy-dies.html
Dan bila terbaca artikel nih, memang aku teringat zaman sekolah menengah aku dulu. Memang ada ragging, kes2 terpencil pelajar gaduh, form 4 nak ganyang for 5, seniority, etc.,. benda normal la, ni la politik budak hostel. Ada jugak politik dan tradisi yang baik. Bagi yang tak pernah study kat SBP, mungkin akan rasa janggal dan ridiculous dengan prkara2 sampah macam nih. Its ok, tak salah pun nak rasa macam tuh. Tapi, tak semua sekolah SBP camtuh. Setiap sekolah ada la politik masing2. MCKK, RMC, STAR, SDAR adalah sekolah semua pelajar lelaki, punyai tradisi tersendiri, politik tersendiri. SMAP LABU, SMAP KAJANG, KISAS dengan politiknya. SAINA, SEJIWA, SAINS KUCING ada politiknya juga. Sekolah harian pun ada politiknya, cuma kurang la sikit kot, sebab life pelajar sek harian generally tamat lepas sesi pembelajaran dalam kelas. Dunia mereka lebih terbuka. Politik mereka lebih terdedah. Ada banyak pilihan untuk mengelak politik yang tak diingini. Komuniti mereka luas, interaksi dengan masyarakat tidak terbatas. Got the idea? Bila aku sebut perkataan tradisi, please open ur mind. I'm not talking about tradition=ragging. Please, blow ur head if that is wat u think. I'm talking about something beyond that la.,
Aku pernah la juga kena sepak penerajang, side kick, flying kick, double punch, lebam-lebam badan. Tapi tu masa aku masuk sparring tournament la. Kalau dah pakai body pad pun senak kena penerajang, boleh imagine la kalau tak pakai apa2. Itupun kena penerajang dengan budak sama berat dengan aku. Masa aku form four kot, kalau nak sound or ragging budak, kena play safe. No body contact. Jentik pun jangan. Sebab time tuh, gempar satu Malaysia, sebab ada kes buli dan pelajar nak belasah cikgu kat sekolah 'elite' SBP. KPM tegas dengan kes macam ni, dan xnak berulang. Sayang seribu kali sayang, hari ini, ia masih berlaku.
Secara peribadi ni recommendation ak:
1)Kalau nak hantar anak masuk boarding school(SBP,MRSM,Pivate) better after dorang 15. Lepas PMR. Kasi matang dan ada jati diri. Usah biarkan politik hampeh hostel bunuh creativity dan potensi anak anda.
2)Kalau nak hantar masa UPSR gak, kena sensitif dengan si anak tuh. Lawat dia kerap, tanya masalah dia, call cikgu kelas dia, identify any freaking changes in him/her. Jangan sesekali lepas tangan.
3) Kalau nampak perubahan lain macam kat anak tuh, angkut ja keluar dari abroad school. Kasi treatment apa yang patut.
Di penghujung penulisan nih, aku embrace dengan philosophy sesetengah sekolah yang nak lahirkan pelajar kental, keras, tough, versatile dan jantan habis. Tapi, jangan lupa untuk lahirkan pelajar yang ada sifat penyayang, belas kasihan, rational dan berhati perut jantung. Bak kata pujangga: "muka nampak ganaz, tapi dalam hati ada taman". Jadi, aku mengutuk sekeras-kerasnya kes pembunuhan adik Naim dan politik mudharat nih. Hapuskan segera budaya ni. Bukan hanya pelajar bersalah perlu di hukum, pentadbiran juga perlu disiasat atas kecuaian dan sifat lepas tangan mereka serta dihukum jika didapati bersalah.
Akhir kata, takziah aku ucapkan kepada keluarga Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri. Semoga roh adik Naim tenang di sana. Semoga keluarganya tabah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hidup mesti terus. Semoga si pembunuh tu bertaubat dan buat sesuatu untuk meringankan beban keluarga si mati.
Rest in peace bro,.may Allah forgive u,. 
Al-An’am ayat 151:
“Dan jangan kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (untuk membunuhnya) kecuali apabila berhak (membunuhnya)..”
p/s: 'politik' dalam post nih, bukan hanya dibentuk oleh interaksi pelajar. Unsur2 lain dari 'school administrative' dalam bentuk undang-undang juga adalah faktor yang membentuk dunia dan politik ini.
No comments:
Post a Comment