Thursday, December 22, 2011

Penjaga nyawa,.. apa2 ja





tadi aku baru selesai lifeguard training,. org lain buat 4400m, aku, 4400-600=3800. Yup, part last, kena angkut bata letak atas dada pastu buat life saving kick aku kantoi. demmit. dah mulalah terbayang nak 'retreat'. 'retreat' perkataan yang paling aku benci dalam hidup. tapi apakan daya.,adakalanya kita kena retreat. contohnya, kalau terjoin kelab yang ada faggot, haruslah retreat. hehe,. tujuan sebenar aku join life saving ni sebenarnya, just nak belajar swim, especiallly freestyle. sekarang aku dah improve banyak aku punya lifestyle stroke. bonus, breaststroke. setakat nak buat 500m nonstop tu, makanan aku la (poyo hanjing). so, target
peribadi aku dah tercapai. tapi bila dah masuk lifesaving teknik lagi susah plak. mungkin sebab terlalu drastik,. aku x sempat nak catch up. gila pa, aku baru 3 bulan bulan lebih aku start train (termasuk official n non official class) dan aku start dari 0.000000, trus nk jadi lifeguard. gil
a. lifeguard ni buka keja main2. libatkan nyawa orang kot. besar tanggungjawab tuh.
bila difikir balik, baru aku sedar, aku sebanarnya taklah terigin sangat nak jadi lifeguard, sebab komitmen kena tinggi. ya lah,. kena ikut schedule nak jaga kolam. cuma, aku suka belajar benda baru. mungkin salah satu cara nak lupakan kisah sedey aku dulu,. sigh
ni lah pool tempat aku train. not badlah,. standard Olympic size

Friday, December 2, 2011

Ada perkara mudah untuk diluahkan,.

Ada perkara begitu sukar diluahkan,.

Bukan malas menulis untuk meluahkan perasaan,. Mungkin perasaan kecewa hingga pena bulu ayam dirasakan seberat separuh bumi.

Kita tahu orang yang kita sayang. Bukan kecil jasa mereka untuk aku lupakan.

Kita fahami orang yang kita sayang dan hormati, bukan sehari dua aku kenali mereka.

Kenangan manis pahit yang pernah dilalui bersama, takkan mudah pudar.

Aku hargai jasa mereka, aku akui kesilapan aku, dan takkan sekali-kali aku akan menganianya mereka yang aku sayang. Takkan sesekali aku biarkan mereka terseksa kerana aku.

Tapi hati mana yang tidak pilu, kecewa. Apabila setiap kata-kata dan janjiku umpama angin sepoi lalu,.ibarat air tumpah ke daun keladi.

Usaha-usahaku seakan tidak mendatangkan kesan melainkan seribu kerisauan,.

Hingga api kerisauan yang mampu dipadamkan denagn segelas cawan air,. Kini marak mengganas,.

Sekalipun api itu surut dek waktu,. Baranya masih merah,. Hitam arangnya masih tercalit,. Malu, hina..,

Hiba mengenangkan nasib diri,. Apabila dia atas, semua syurga, bila di bawah kenapa neraka?

Kini kemana harusku tuju,. ke tempat ku bergelumang sumur seolah tidak lagi mengundang,. Nak ke hulu, malu,. Nak ke muara sengsara,.

Tiada langsung perasaan marah kerana jasa mereka masih segar di ingatan,. Cuma hati ini kecewa dan keliru,. Di mana salahnya? Apa ertinya saudara? Hanya satu perkataan yang mampu mengubah segalanya,. MAAF,..