Ada perkara mudah untuk diluahkan,.
Ada perkara begitu sukar diluahkan,.
Bukan malas menulis untuk meluahkan perasaan,. Mungkin perasaan kecewa hingga pena bulu ayam dirasakan seberat separuh bumi.
Kita tahu orang yang kita sayang. Bukan kecil jasa mereka untuk aku lupakan.
Kita fahami orang yang kita sayang dan hormati, bukan sehari dua aku kenali mereka.
Kenangan manis pahit yang pernah dilalui bersama, takkan mudah pudar.
Aku hargai jasa mereka, aku akui kesilapan aku, dan takkan sekali-kali aku akan menganianya mereka yang aku sayang. Takkan sesekali aku biarkan mereka terseksa kerana aku.
Tapi hati mana yang tidak pilu, kecewa. Apabila setiap kata-kata dan janjiku umpama angin sepoi lalu,.ibarat air tumpah ke daun keladi.
Usaha-usahaku seakan tidak mendatangkan kesan melainkan seribu kerisauan,.
Hingga api kerisauan yang mampu dipadamkan denagn segelas cawan air,. Kini marak mengganas,.
Sekalipun api itu surut dek waktu,. Baranya masih merah,. Hitam arangnya masih tercalit,. Malu, hina..,
Hiba mengenangkan nasib diri,. Apabila dia atas, semua syurga, bila di bawah kenapa neraka?
Kini kemana harusku tuju,. ke tempat ku bergelumang sumur seolah tidak lagi mengundang,. Nak ke hulu, malu,. Nak ke muara sengsara,.
Tiada langsung perasaan marah kerana jasa mereka masih segar di ingatan,. Cuma hati ini kecewa dan keliru,. Di mana salahnya? Apa ertinya saudara? Hanya satu perkataan yang mampu mengubah segalanya,. MAAF,..
No comments:
Post a Comment