Akhir-akhir ini, panas isu seorang pelajar sekolah menengah(15 tahun), ditembak polis. Takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa. Boleh tengok video di bawah untuk mendengar kenyataan dari pihak keluarganya.
Boleh juga klik di sini untuk membaca kenyataan dari media arus perdana. Lebih adil kalau stament poils juga didengar. Untuk membuat penilaian lebih adil, kenyataan dari kedua-dua belah pihak harus didengar.
Ada sesetengah pihak yang secara melulu menyalahkan pihak polis. Kebanyakan hujah mereka berbunyi:
1)Polis hanya boleh menggunakan senjata api, sekiranya pihak penjenayah turut memiliki senjata api.
2)Kenapa tidak tahan kereta tersebut terlebih dahulu dan periksa perkara sebenar.
Persoalan
Bagi pendapat aku, beberapa persoalan harus jelas dan dijawab di sini. Sebelum memikirkan persoalan-persolan di bawah, bacalah terlebih dahulu kenyataan dari kedua-dua pihak agar tidak berlaku salah tafsiran.
Apakah yang dimaksudkan dengan senjata? Berikut adalah beberapa definisi:
1)A weapon is a tool used to apply force for the purpose of causing harm or damage to persons, animals or structures.(wikipedia)
2) The Free Dictionary: weapon
-An instrument of attack or defense in combat, as a gun, missile, or sword.
-Zoology A part or organ, such as a claw or stinger, used by an animal in attack or defense.
- A means used to defend against or defeat another: Logic was her weapon.
3)Dari LAW.COM Dictionary, ada 3 kategori senjata:
concealed weapon
a weapon, particularly a handgun, which is kept hidden on one's person, or under one's control (in a glove compartment or under a car seat).
a weapon, particularly a handgun, which is kept hidden on one's person, or under one's control (in a glove compartment or under a car seat).
dangerous weapon
any gun, knife, sword, crossbow, slingshot or other weapon which can cause bodily harm to people (even though used for target shooting).
any gun, knife, sword, crossbow, slingshot or other weapon which can cause bodily harm to people (even though used for target shooting).
deadly weapon
any weapon which can kill. This includes not only weapons which are intended to do harm like a gun or knife, but also blunt instruments like clubs, baseball bats, monkey wrenches, an automobile or any object which actually causes death. This becomes important when trying to prove criminal charges brought for assault with a deadly weapon. In a few 1990s cases courts have found rocks and even penises of AIDS sufferers as "deadly weapons."
any weapon which can kill. This includes not only weapons which are intended to do harm like a gun or knife, but also blunt instruments like clubs, baseball bats, monkey wrenches, an automobile or any object which actually causes death. This becomes important when trying to prove criminal charges brought for assault with a deadly weapon. In a few 1990s cases courts have found rocks and even penises of AIDS sufferers as "deadly weapons."
Pergh penis gak?!
Jadi, adakah kereta juga boleh menjadi satu senjata? YA, jika digunakan untuk melanggar orang dengan niat membunuh. Jadi, bagaimana untuk mengetahui niat sebenar seseorang? Apakah perlu menunggu hingga salah satu pihak terbunuh terlebih dahulu?
Persoalan kedua, apakah nilai nyawa seorang anggota polis jika dibandingkan dengan seorang 'budak'?
Apakah, anggota polis tersebut, tidak mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri seperi 'budak' itu? Aku gunakan perkataan 'budak' sebab semasa kejadian, pihak polis tidak mengetahui samada pemandu itu adalah budak berusia 15 tahun. Ramai pihak menjadi emosi, kerana perkataan budak digunakan, sedangkan semasa kejadian, adakah pihak polis tahu bahawa dia adalah budak yang baik hati lagi suci apatah lagi mempunyai niat membunuh! Pihak polis yang menembak membuat penilaian dan keputusan semasa kejadian berlaku, sedangkan pihak-pihak serkap jarang membuat penilaian atas apa yang mereka baca di atas laporan-laporan media semasa duduk di atas kerusi sambil meminum kopi. Adakah sama?
Persoalan terbesar untuk mereka yang secara melulu menilai kes ini, adakah anda mengetahui cerita sebenar(absolute truth)?
Jadi nasihat aku untuk orang ramai, janganlah cepat sangat membuat verdiction. Biarlah mereka yang ahli membuat keputusan. Politikus-politikus pula, janganlah menangguk di air yang keruh. Jadilah pejuang sejati. Merujuk artikel ini.
Dalam membuat penilaian, ketepikan emosi. Jadilah rasional.
Masalah akar
Aku sebenarnya kecewa dan marah dengan arwah sendiri. Marah-marah sayang la. Sebab kenapa dia bawa kereta tanpa lesen. Sekiranya keluarganya yang membenarkan arwah membawa kereta, mereka patut menyalahkan diri sendiri. Bagi aku, ada hikmah di sebalik kejadian ini. Budak tu, mungkin boleh mati terbunuh dalam kemalangan, ataupun dia boleh menyebabkan pemandu lain terlibat dalam kemalangan. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment