Saturday, April 17, 2010

Minta maaf, Mak Teh

Mak Teh adalah antara orang yang rapat dengan aku. Dialah, penjamin kedua selepas mak aku, masa aku isi borang MARA untuk belajar ke luar negara. Bagi aku, Mak Teh bukan setakat ibu saudara aku, dia dah macam emak aku. Selalu, bila cuti sekolah, aku stay kat rumah dia. Anak-anak Mak Teh, aku anggap macam adik aku sendiri. Jadi, perasaan mengecewakan Mak Teh, lebih kurang macam mengecewakan mak aku. Sebab tuh, aku hantar e-mail kepada mak teh untuk minta maaf.

Final exam, minggu depan. Emosi aku, susah nak digambarkan. Secara umumnya, tak stabil. Camna nak fokus beb,. kalau masalah camni aku tanggung. Apa-apapun, aku cuba la yang terbaik. Walaupun harapan tuh, senipis membran telur, kalau Allah dah tetapkan aku di sini, kat sini (Canada) la aku belajar. Agama tanpa yakin kosong. Yakin tu la Iman. 

Walau kabur dan bercabang jalan di hadapan, aku hanya ada 2 pilihan,.hanya 2 pilihan., mengaku kalah, atau terus bergerak.. 
aku pilih untuk bergerak,. inshaAllah,.

No comments:

Post a Comment