Thursday, December 22, 2011

Penjaga nyawa,.. apa2 ja





tadi aku baru selesai lifeguard training,. org lain buat 4400m, aku, 4400-600=3800. Yup, part last, kena angkut bata letak atas dada pastu buat life saving kick aku kantoi. demmit. dah mulalah terbayang nak 'retreat'. 'retreat' perkataan yang paling aku benci dalam hidup. tapi apakan daya.,adakalanya kita kena retreat. contohnya, kalau terjoin kelab yang ada faggot, haruslah retreat. hehe,. tujuan sebenar aku join life saving ni sebenarnya, just nak belajar swim, especiallly freestyle. sekarang aku dah improve banyak aku punya lifestyle stroke. bonus, breaststroke. setakat nak buat 500m nonstop tu, makanan aku la (poyo hanjing). so, target
peribadi aku dah tercapai. tapi bila dah masuk lifesaving teknik lagi susah plak. mungkin sebab terlalu drastik,. aku x sempat nak catch up. gila pa, aku baru 3 bulan bulan lebih aku start train (termasuk official n non official class) dan aku start dari 0.000000, trus nk jadi lifeguard. gil
a. lifeguard ni buka keja main2. libatkan nyawa orang kot. besar tanggungjawab tuh.
bila difikir balik, baru aku sedar, aku sebanarnya taklah terigin sangat nak jadi lifeguard, sebab komitmen kena tinggi. ya lah,. kena ikut schedule nak jaga kolam. cuma, aku suka belajar benda baru. mungkin salah satu cara nak lupakan kisah sedey aku dulu,. sigh
ni lah pool tempat aku train. not badlah,. standard Olympic size

Friday, December 2, 2011

Ada perkara mudah untuk diluahkan,.

Ada perkara begitu sukar diluahkan,.

Bukan malas menulis untuk meluahkan perasaan,. Mungkin perasaan kecewa hingga pena bulu ayam dirasakan seberat separuh bumi.

Kita tahu orang yang kita sayang. Bukan kecil jasa mereka untuk aku lupakan.

Kita fahami orang yang kita sayang dan hormati, bukan sehari dua aku kenali mereka.

Kenangan manis pahit yang pernah dilalui bersama, takkan mudah pudar.

Aku hargai jasa mereka, aku akui kesilapan aku, dan takkan sekali-kali aku akan menganianya mereka yang aku sayang. Takkan sesekali aku biarkan mereka terseksa kerana aku.

Tapi hati mana yang tidak pilu, kecewa. Apabila setiap kata-kata dan janjiku umpama angin sepoi lalu,.ibarat air tumpah ke daun keladi.

Usaha-usahaku seakan tidak mendatangkan kesan melainkan seribu kerisauan,.

Hingga api kerisauan yang mampu dipadamkan denagn segelas cawan air,. Kini marak mengganas,.

Sekalipun api itu surut dek waktu,. Baranya masih merah,. Hitam arangnya masih tercalit,. Malu, hina..,

Hiba mengenangkan nasib diri,. Apabila dia atas, semua syurga, bila di bawah kenapa neraka?

Kini kemana harusku tuju,. ke tempat ku bergelumang sumur seolah tidak lagi mengundang,. Nak ke hulu, malu,. Nak ke muara sengsara,.

Tiada langsung perasaan marah kerana jasa mereka masih segar di ingatan,. Cuma hati ini kecewa dan keliru,. Di mana salahnya? Apa ertinya saudara? Hanya satu perkataan yang mampu mengubah segalanya,. MAAF,..

Friday, July 29, 2011

PERCAYA


Masa kecik2 dulu, aku minat sangat pasal angkasa. Kapal angkasa, planet2. Aku teramatlah obsess sampai bila aku boring2, aku lukis roket. konon2 design. Dinding bilik tidur aku abis aku lukis dengan gambar2 planet dalam orbit, siap ada penerangan tentang suhu, arah putaran, etc. lebey kurang graffiti la kan, cuma aku guna water color beli kat kedai runcit. Penah berangan nak jadi jet fighter pilot sebab kebanyakan yang pi outer space adalah bekas pilot, especially from Russian space program.

Tapi bila makin dewasa, aku mula rasa impian nak pi angkasa lepas cam mustahil ja, untuk Malaysian. Maklumlah, bukan senang2 beb.Malaysia plak, entah tahun bila mau lancar roket sendiri. So, I stopped thinking about goin to space.

Tapi, tak disangka-sangka, sekarang dah ada angkasawan Malaysia pertama, sheikh muszaphar shukor. Tak kesahlah, apa cara dia pi sekalipun, janji dia dah pi. Kebanyakan yang gi space adalah engineer, scientist, fighter pilot (U.S & Russian space program). Tapi, 1st Malaysian adalah Doc. Pergh, mai mana kan?!

My point is, we never know,.


Tuesday, July 26, 2011

Errm, nak Tanya skit boleh? Kalau xnak jawab pun xpa


Bila aku kena balik Malaysia for bad, ada jugak soalan dari kawan-kawan bila chatting YM atau FB.

X: atip, nak Tanya skit boleh? Kalau xnk jawab pun xpa
Atip: apa soalan?
X: ermm,. Ko kene bayar sume ke utang ngan MARA?
Atip: Yup.

Mula-mula bila diaju soalan camni, memang lah rimas sikit. Bukan apa, aku kadang2 tak suka sangat kalau orang lain simpati kat aku. Plus, kadang2 memang agak down bila memikirkan beban tuh. Tapi makin lama, aku dah immune. Penah sekali masa aku lepak ngan member, dia cakap:

“atip, hang punya financial skang negative la?! Hang ada hutang tapi tak keja lagi! ngeh3x”

Aku jawab, “hahaha,. Lebey kurang camtuhlah”,.

Aku ambil masa juga nak tenangkan hati dengan perkara2 camni? Perkara lepas dahpun berlaku. Aku ada pilihankah?

1) Aku ada 2 pilihan. Pertama, kecewa dengan hidup, putus asa, bawa diri seolah-olah esok tiada lagi. Kedua percaya bahawa esok masih ada.

Syukur, dalam keadaan yang amatlah tertekan, kebuntuan, dipinggirkan, kesunyian, aku masih mampu memilih pilihan kedua. Sesetengah orang bersimpati dengan aku. Bagaimana aku nak teruskan hidup dalam keadaan bebanan di bahu yang seolah-olah tiada penghujung.

Jawapannya mudah. PERCAYA! dan RENCANA!

PERCAYA gerhana takkan selamanya.

  • Kalau kita act like a loser, sampai mati pun orang cop loser. Tapi kalau kita fight, at least kita ada honor!
  • Bila aku terdengar kisah kawan-kawan yang result SPM biasa2 saja, tapi sekarang dapat pekerjaan yang baik, ia sedikit sebanyak bagi inspirasi pada aku. Bila aku dengar kisah kawan-kawan , yang lebih kurang senasib dengan aku, tapi masih tak mengalah, itu sumber inspirasi aku juga. Umur aku masih 20-an, masih banyak peluang di hadapan. Seorang cendiakawan pernah berpesan, jangan lihat hidup ini sebagai graf linear. Lihatlah ia sebagai graf exponential.
  • Jangan serik untuk menaruh impian. Ada orang panggil ‘angan-angan’. Ada orang panggil ‘bermimpi siang hari’. Biarla apa orang kata, sebab depa tak tau apa2. Aku terpaksa bermimpi sebab tu ja cara aku menjadi seorang optimis dan terus hidup. Percaya pada segala kemungkinan. Ain’t no mountain high enuff, ain’t no river wide enuff. Limitlesssssssssssssssssssss………………………………………..

RENCANA strategi dan usaha yang berkesan. Elakkan kesilapan lalu berulang.
  • Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh ‘add value’ pada diri kita. ‘Improve’ diri dari pelbagai aspek dengan menyertai pelbagai program. Sekurang-kurangnya dapat lah kita lupakan duka, sambil menambah kenalan buat penghibur, peneman.
  • Letakkan target dan berusaha untuk capai. Tak perlu pressure diri bagai nak gila. Usaha ja,.
Emosi mau kuat! Mungkin kadang-kadang kita terasa hati sebab member mula menjauh diri, atau x layan kita cam dulu lagi. Husnuzonlah,. Mungkin dorang sibuk, kesian kat kita atau x puas hati ngan kita. Tapi kalau obviously kena dump ngan awek atau member, terimalah hakikat, yang kita adalah suckster and loser. Adat dunia, sapa nak amik gambar ngan pengemis.

Aku bukanlah model yang berjaya. Masa menulis ni pun, aku x grad dan x kerja pun lagi. Tapi sekurang-kurangnya aku masih meneruskan hidup dan tak bunuh diri. Nauzubillah, minta simpang. Syukur family masih kuat menyokong. Dan sepanjang menaruh ‘PERCAYA’ dan meRENCANA, jangan lupa BERDOA. Sebab Dialah yang mengatur hidup kita. Berdoa agar dimurahkan rezeki, dikuatkan hati, usaha diberkati. Tingkatkan motivasi dengan apa cara sekalipun. Tapi, jgn amik drug! mau mampus!? Layanlah movie cam 'Flash of Genius'. Best bro,..

WALAU SESUCKSS MANAPUN PERJALANAN INI,
HIDUP MESTI TERUS!

Wednesday, June 15, 2011

U of T Graduation day

semalam aku gi interview untuk ummatic scholarship,. aku terangkan kenapa aku kena balik Malaysia,. dan salah sorang interviewer cakap, "it's your mistake",. yeah,. my mistake, but till fu*king when should i listen to those 3 words!?

Tengok gambar Arif and batch seangkatan dengan dia gaduate membuatkan perasaan ini bercampur baur. I'm happy for them, but sad for myself. Tengok gambar dorang ngan famili masing2,. must be a realllly good feeling. next year, turn kawan2 seangkatan dengan aku gak,. and I believe, my heart will be bleeding, again.

Orang cakap benda lepas jangan dikenang. But then, how could I forget the sweetest moment in my life which at the same time the darkest., Yeah, I couldn't. Dulu, masa kat U of T setiap petang dalam perjalanan balik kelas, aku selalu cakap dalam hati; " untung gila dapat masuk U of T. Uni lawa, top, Toronto best, tapi sayang kenapa aku takleh nak perform dalam akademik"., bukan aku x pulun, tapi mungkin x berkesan. Masa 2ndyear, aku makin kamceng ngan geng Malaysian especially budak Mec; apis, rempot, busuk, luke, anap,. dari situ aku banyak perbetulkan teknik belajar aku,. keputusan meningkat, but its too late to cover my bad 1st year GPA.

My dream shattered in just 1 year, after dreaming about since my childhood.

Till now, i can feel something is missing in my life,. a broken dream,. unsettled business in Toronto,. It's like a ghost,. haunting me,. whispering to my ears,. fcking hate it






Wednesday, April 20, 2011

what if i die tonite

Kalau ak xda lag kat dunia,. apala review yang bakal kawan2 aku tulis?

baik
kacak nk mampos,.err
gebang ja lebih
gelabah,.
kelakar,.
perasan,.
mamat kena balik msia
bla3x,.

above all,. ak harap mak ak akan cakap,. "x penah kesal lahirkan dia kat dunia,."
ayah aku cakap., "he is the best,."

those good enuff for me,..

wrapppp up

Salam alaik,.

its been quite a time, that i didn't update this blog. Semua salah tumblr.

Post-exam.

Lebih dari seminggu dah abis exam, tapi masih di IIUM sebab malam ni akan bertolak ke PERLIS untuk Program Baktisiswa Tuaian Kasih 2011. Exam Alhamdulillah ok ja,. walaupun ada banyak dugaan(academic non-related) yang mendatang, still berharap dan berusaha dengan yang terbaik. InshaAllah, walaupun starting this year, holiday will be pretty long( almost 5 months), I'm gonna take some courses during short-sem. Som my real holiday kind of only 2 months. Stick to my aim, to graduate as soon as possible, find job then have a golden time with my parents, family and catss of course. During short-sem, iA, i will join the entrepreneurship club to organize something( not clear about what but business thingy) for graduation fest. Looking forward for that one.

Facebook

I admit, I'm not a pious person. I posted crap of the facebook. Songs, quotes, jokes, jerky jerk, blah-blah2,.. but one night, I had an argument on whether 'music' is halal or haram with my study circle facilitator. He said 'ALL kind of music is haram! ', Then Rabbani, Maher Zain, Raihan, Outlandish came to my mind. What about those kind of music. Against my facilitator 'i'tikad' i said, its not all haram and depend on what kind of music. I told him a story when The Prophet allowed a bunch of women singing during a wedding ceremony. For some reason, my facilitator still didn't agree and i'm ok with it since a good grade for this course is my priority! joke,.. but i remember one thing he mentioned,."if you think music is halal i'm ok. but don't drag others to commit sins by using loud speaker when u listen to those 'lalai' music " i started to insaf and try not to post overreacted or 'lalai' music video on my facebook page.

walaupun ak x post byk pasal hal2 keagamaan, tak bermakna aku ni x ingat agama., dan mereka post bebanyak kt FB tuh, belum tentu faham agama sebenar-benarnya. tu la pandangan peribadi ak. Action speak louder than words anyway,. cam pasang loud speaker,.

Penutup

That's all ,. chow

Friday, January 28, 2011

Owh rindunya

Aku ushar blog "FUMAS - Futsal Masat 2010". Owh rindunya nak main futsal dengan korang. Bila student dah ramai, boleh organize matches time weekend. Terbaek. Aktiviti ni bagus, seperti hadis nabi, akal yang sihat, datang dari badan yang sihat. Camnilah perasaanya, bila teringin nak join tapi terpisah beribu batu, apakan daya.

Aku kat sini, main ngan bola ngan international student, sebab asrama aku dekat dengan stadium yang dimonopoli foreigner especially dari middle east & africa la. Badan gedabak besar, dan dorang main memang serius, xda nak buat2 lawak,. aku cuak, so aku stay belakang tong sampah( actually goal dikira bila shooot kena tong sampah). Tak,. aku stay depan sikit dari tong sampah(defender) kalau confident skit main midfield.

Monday, January 17, 2011

Sekarang ni kalau,..

Sekarang ni kat Toronto, sem baru start. Result exam sem lepas pun baru dikeluarkan secara rasmi. Bila sem baru bermula, maka cabaran baru menanti. Subject2 baru, prof2 baru, buku teks baru,. kasut sekolah baru?! terbaek,.
Kalau aku kat U of T masa ni, selalunya aku akan sibuk cari buku teks, selalunya yang paling murah la jadi pilihan. Boleh cari dari senior atau di website, dan harga boleh runding. Kemudian, tengok course outline subjek semester nih,.ushar tarikh penting cam kuiz, mid term,. kendian cari kertas, tulis, then lekat kat dinding. Tidak dilupakan, structure course tu, cam carry mark untuk kuiz, midterm, assignment @ projek, berapa peratus,..paling penting kena rencana strategi, cmna nak score subjek tuh,. guess what,. aku start amik serius benda2 nih, starting 2nd year.

Bila tengok status member2 kat U of T yang start busy nak discuss pasal project,. rindu ini bertandang lagi. Cam sem ke-4, untuk projek Manufacturing, group members suma budak Malaysia, tinggal lak kat building yang sama. Memang meriah la,. sesi brain storming yang sempoi2, tetapi ada hasil. Kekadanag lepas discuss, termain lak FIFA 11 (Masa tuh, masih tak berjinak-jinak lagi dengan Red Dead Redemption). Untuk projek tu, dapat 90% tak silap. Memang puas hati la,. Course structure kat U of T cam sempoi gak,. sebab projek2 yang prof kasi memang menarik la,. ada yang individual, ada yang berkumpulan,. ada yang senang, ada yang memeningkan,.

Throughout the semester, kalau nak score, kena komited la dengan study,. especially yang average cam aku nih,. kekadang ada subjek yang susah, tapi aku beruntung sebab dikelilingi member2 yang bijak2,. so depa banyak tolong aku,. when I'm struggling with difficulties, I have friend to rely on, problem solved, and I march one step forward,.. kekadang aku nyesal, sebab tak banyak buat group discussion ngan member2 masa first year, and took things for granted,.

Anyway,. kalau stress dengan study, banyak benda boleh dibuat,. contohnya makan sushi, atau pegi Indian Flavor, makan kenyang2 sampai perut kembong,. balik umah, lepak jap, pastu main game,. lepak jap, pastu nengok movie,. lepak jap,. pastu nganjing la sape2 pun,. busuk ke, luq ke, apis pe,. tak pun gi kacau leh sedang berbaring,.. lepas hilang stress, sambung la keje balik,.. ahha,. hari jumaat, aku suka gi katok drum Mus,. pasang lagu kat iPod, pastu try follow drumbeat lagu tuh,.. Kalau nak shahdu2,. gi jejalan petang2 kat Financial District,.but not during winter la,. coz time winter, layan skating la beb,. kalau malas jalan, tengok je pemandangan sunset dari meja study aku,. kalau nak tengok Lake of Ontario, naik tingkat 1402, dari dinding cermin dorang, boleh nampak sipi2 tasik tuh disebalik bangunan2 pencakar langit.,. jadi la,.
Kalau time winter, wajib pegi skating, ski atau snowboarding,.. selalunya, masa winter break seminggu,. ada yang gi travel, terpulangla,.

Ermm,. kalau nak tulis, memang banyak sangat kenangan,.. pahit manis suma ada,. belum lagi aku citer time summer,..lagi best,.. Pendek kata, dunia aku kat Toronto sangat berbeza dan istimewa,. Takda benda yang lagi best bila kita dapat mencapai sesuatu di salah sebuah universiti tebaik dunia,. dikelilingi environment yang happening serta rakan2 yang baik hati,. InshaAllah, aku bertekad untuk balik ke Toronto one day,. tapi keadaan takkan sama lagi,.

Hati mana yang tak sedih bila terpaksa tinggalkan dunia itu,.. tapi hakikat tu mesti ditelan, bak kata Mika dalam lagu Any Other World:

"Say goodbye to the world you thought you lived in"




Sunday, January 9, 2011

LaLaLa, Kerja!

Salam,.

Ramai yang kalau boleh nak graduate cepat-cepat, kerja cepat-cepat,.. That’s normal for almost everyone(including me), except to certain people who prefer to devote their live in studies or educational world. Ada orang yang buat degree, pastu second degree, pastu master, pastu P.H.D pastu,..macam-macam lagi. Regardless of what path that we choose, as long as it can give us satisfaction, that’s cool. Cam aku lak, plan nak grad cecepat, apakan daya, keadaan x mengizinkan.

From my reading about the successful stories of business tycoons, it’s not about how fast you graduate and get a job, but knowing what you want in your life at very early stage that matter most. For example, Warren considered himself to be lucky by knowing what he wanted at the early age.

Steve Forbes: You two are unique. In very different spheres you've each reached a level of success that's almost legendary. What did you do that made you different?

Warren Buffett: Well, I was lucky that I got started early. My dad happened to be in the investment business, so I would go down to his office on Saturdays. At age 7 or so I started reading these books that were around the place. I knew what I wanted to do early. That's a huge advantage.

You don't need a lot of brains in this business. I've always said if you've got an IQ of 160, give away 30 points to somebody else, because you don't need it in investments. What you need is emotional stability. You have to be able to think independently, and when you come to a conclusion you have to really not care what other people say. Just follow the facts and your reasoning. That's tough for a lot of people. But that part, I was just lucky with. I was born that way.

Source: http://www.forbes.com/forbes/2010/1011/rich-list-10-omaha-warren-buffett-jay-z-steve-forbes-summit-interview.html

Encik Din (Pengerusi Kelab UMNO Canada/Engineer at AECON Company) pun pernah pesan, graduate awal atau cepat tidaklah terlalu penting, tapi mengetahui minat dan apa yang hendak dilakukan dalam kehidupan adalah lebih utama. Dia siap pesan lagi, kalau boleh kerja dulu, dan cari minat, pastu baru masuk universiti. (agak pelik idea En Din, tapi make sense!) Apa gunanya kalau graduate awal, tapi TERPAKSA buat kerja yang kita tak ENJOY untuk 30-40 tahun dalam hidup.

Satu lagi pendapat aku, daripada kalut nak graduate awal, baik kalut jaga kesihatan agar hidup lagi lama. Kalau umur 20-an pun dah isap rokok berkotak-kotak, dah capai umur 50-an macam mana agaknya. Kalau badan sihat, time umur 60-70 pun boleh enjoy kerja lagi & travel sana sini. Tengok cam Tun Dr M, umur dah lanjut tapi otak ligat berjalan. Tapi tak semua yang kita rancang kita dapat. Allah know what's the best for us. So, work and pray hard. Aku harap, aku boleh optimize masa hidup aku, dan bagi something untuk dunia ni, sebelum masuk lobang 7 kaki dalam,belakang masjid.