Thursday, December 22, 2011

Penjaga nyawa,.. apa2 ja





tadi aku baru selesai lifeguard training,. org lain buat 4400m, aku, 4400-600=3800. Yup, part last, kena angkut bata letak atas dada pastu buat life saving kick aku kantoi. demmit. dah mulalah terbayang nak 'retreat'. 'retreat' perkataan yang paling aku benci dalam hidup. tapi apakan daya.,adakalanya kita kena retreat. contohnya, kalau terjoin kelab yang ada faggot, haruslah retreat. hehe,. tujuan sebenar aku join life saving ni sebenarnya, just nak belajar swim, especiallly freestyle. sekarang aku dah improve banyak aku punya lifestyle stroke. bonus, breaststroke. setakat nak buat 500m nonstop tu, makanan aku la (poyo hanjing). so, target
peribadi aku dah tercapai. tapi bila dah masuk lifesaving teknik lagi susah plak. mungkin sebab terlalu drastik,. aku x sempat nak catch up. gila pa, aku baru 3 bulan bulan lebih aku start train (termasuk official n non official class) dan aku start dari 0.000000, trus nk jadi lifeguard. gil
a. lifeguard ni buka keja main2. libatkan nyawa orang kot. besar tanggungjawab tuh.
bila difikir balik, baru aku sedar, aku sebanarnya taklah terigin sangat nak jadi lifeguard, sebab komitmen kena tinggi. ya lah,. kena ikut schedule nak jaga kolam. cuma, aku suka belajar benda baru. mungkin salah satu cara nak lupakan kisah sedey aku dulu,. sigh
ni lah pool tempat aku train. not badlah,. standard Olympic size

Friday, December 2, 2011

Ada perkara mudah untuk diluahkan,.

Ada perkara begitu sukar diluahkan,.

Bukan malas menulis untuk meluahkan perasaan,. Mungkin perasaan kecewa hingga pena bulu ayam dirasakan seberat separuh bumi.

Kita tahu orang yang kita sayang. Bukan kecil jasa mereka untuk aku lupakan.

Kita fahami orang yang kita sayang dan hormati, bukan sehari dua aku kenali mereka.

Kenangan manis pahit yang pernah dilalui bersama, takkan mudah pudar.

Aku hargai jasa mereka, aku akui kesilapan aku, dan takkan sekali-kali aku akan menganianya mereka yang aku sayang. Takkan sesekali aku biarkan mereka terseksa kerana aku.

Tapi hati mana yang tidak pilu, kecewa. Apabila setiap kata-kata dan janjiku umpama angin sepoi lalu,.ibarat air tumpah ke daun keladi.

Usaha-usahaku seakan tidak mendatangkan kesan melainkan seribu kerisauan,.

Hingga api kerisauan yang mampu dipadamkan denagn segelas cawan air,. Kini marak mengganas,.

Sekalipun api itu surut dek waktu,. Baranya masih merah,. Hitam arangnya masih tercalit,. Malu, hina..,

Hiba mengenangkan nasib diri,. Apabila dia atas, semua syurga, bila di bawah kenapa neraka?

Kini kemana harusku tuju,. ke tempat ku bergelumang sumur seolah tidak lagi mengundang,. Nak ke hulu, malu,. Nak ke muara sengsara,.

Tiada langsung perasaan marah kerana jasa mereka masih segar di ingatan,. Cuma hati ini kecewa dan keliru,. Di mana salahnya? Apa ertinya saudara? Hanya satu perkataan yang mampu mengubah segalanya,. MAAF,..

Friday, July 29, 2011

PERCAYA


Masa kecik2 dulu, aku minat sangat pasal angkasa. Kapal angkasa, planet2. Aku teramatlah obsess sampai bila aku boring2, aku lukis roket. konon2 design. Dinding bilik tidur aku abis aku lukis dengan gambar2 planet dalam orbit, siap ada penerangan tentang suhu, arah putaran, etc. lebey kurang graffiti la kan, cuma aku guna water color beli kat kedai runcit. Penah berangan nak jadi jet fighter pilot sebab kebanyakan yang pi outer space adalah bekas pilot, especially from Russian space program.

Tapi bila makin dewasa, aku mula rasa impian nak pi angkasa lepas cam mustahil ja, untuk Malaysian. Maklumlah, bukan senang2 beb.Malaysia plak, entah tahun bila mau lancar roket sendiri. So, I stopped thinking about goin to space.

Tapi, tak disangka-sangka, sekarang dah ada angkasawan Malaysia pertama, sheikh muszaphar shukor. Tak kesahlah, apa cara dia pi sekalipun, janji dia dah pi. Kebanyakan yang gi space adalah engineer, scientist, fighter pilot (U.S & Russian space program). Tapi, 1st Malaysian adalah Doc. Pergh, mai mana kan?!

My point is, we never know,.


Tuesday, July 26, 2011

Errm, nak Tanya skit boleh? Kalau xnak jawab pun xpa


Bila aku kena balik Malaysia for bad, ada jugak soalan dari kawan-kawan bila chatting YM atau FB.

X: atip, nak Tanya skit boleh? Kalau xnk jawab pun xpa
Atip: apa soalan?
X: ermm,. Ko kene bayar sume ke utang ngan MARA?
Atip: Yup.

Mula-mula bila diaju soalan camni, memang lah rimas sikit. Bukan apa, aku kadang2 tak suka sangat kalau orang lain simpati kat aku. Plus, kadang2 memang agak down bila memikirkan beban tuh. Tapi makin lama, aku dah immune. Penah sekali masa aku lepak ngan member, dia cakap:

“atip, hang punya financial skang negative la?! Hang ada hutang tapi tak keja lagi! ngeh3x”

Aku jawab, “hahaha,. Lebey kurang camtuhlah”,.

Aku ambil masa juga nak tenangkan hati dengan perkara2 camni? Perkara lepas dahpun berlaku. Aku ada pilihankah?

1) Aku ada 2 pilihan. Pertama, kecewa dengan hidup, putus asa, bawa diri seolah-olah esok tiada lagi. Kedua percaya bahawa esok masih ada.

Syukur, dalam keadaan yang amatlah tertekan, kebuntuan, dipinggirkan, kesunyian, aku masih mampu memilih pilihan kedua. Sesetengah orang bersimpati dengan aku. Bagaimana aku nak teruskan hidup dalam keadaan bebanan di bahu yang seolah-olah tiada penghujung.

Jawapannya mudah. PERCAYA! dan RENCANA!

PERCAYA gerhana takkan selamanya.

  • Kalau kita act like a loser, sampai mati pun orang cop loser. Tapi kalau kita fight, at least kita ada honor!
  • Bila aku terdengar kisah kawan-kawan yang result SPM biasa2 saja, tapi sekarang dapat pekerjaan yang baik, ia sedikit sebanyak bagi inspirasi pada aku. Bila aku dengar kisah kawan-kawan , yang lebih kurang senasib dengan aku, tapi masih tak mengalah, itu sumber inspirasi aku juga. Umur aku masih 20-an, masih banyak peluang di hadapan. Seorang cendiakawan pernah berpesan, jangan lihat hidup ini sebagai graf linear. Lihatlah ia sebagai graf exponential.
  • Jangan serik untuk menaruh impian. Ada orang panggil ‘angan-angan’. Ada orang panggil ‘bermimpi siang hari’. Biarla apa orang kata, sebab depa tak tau apa2. Aku terpaksa bermimpi sebab tu ja cara aku menjadi seorang optimis dan terus hidup. Percaya pada segala kemungkinan. Ain’t no mountain high enuff, ain’t no river wide enuff. Limitlesssssssssssssssssssss………………………………………..

RENCANA strategi dan usaha yang berkesan. Elakkan kesilapan lalu berulang.
  • Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh ‘add value’ pada diri kita. ‘Improve’ diri dari pelbagai aspek dengan menyertai pelbagai program. Sekurang-kurangnya dapat lah kita lupakan duka, sambil menambah kenalan buat penghibur, peneman.
  • Letakkan target dan berusaha untuk capai. Tak perlu pressure diri bagai nak gila. Usaha ja,.
Emosi mau kuat! Mungkin kadang-kadang kita terasa hati sebab member mula menjauh diri, atau x layan kita cam dulu lagi. Husnuzonlah,. Mungkin dorang sibuk, kesian kat kita atau x puas hati ngan kita. Tapi kalau obviously kena dump ngan awek atau member, terimalah hakikat, yang kita adalah suckster and loser. Adat dunia, sapa nak amik gambar ngan pengemis.

Aku bukanlah model yang berjaya. Masa menulis ni pun, aku x grad dan x kerja pun lagi. Tapi sekurang-kurangnya aku masih meneruskan hidup dan tak bunuh diri. Nauzubillah, minta simpang. Syukur family masih kuat menyokong. Dan sepanjang menaruh ‘PERCAYA’ dan meRENCANA, jangan lupa BERDOA. Sebab Dialah yang mengatur hidup kita. Berdoa agar dimurahkan rezeki, dikuatkan hati, usaha diberkati. Tingkatkan motivasi dengan apa cara sekalipun. Tapi, jgn amik drug! mau mampus!? Layanlah movie cam 'Flash of Genius'. Best bro,..

WALAU SESUCKSS MANAPUN PERJALANAN INI,
HIDUP MESTI TERUS!

Wednesday, June 15, 2011

U of T Graduation day

semalam aku gi interview untuk ummatic scholarship,. aku terangkan kenapa aku kena balik Malaysia,. dan salah sorang interviewer cakap, "it's your mistake",. yeah,. my mistake, but till fu*king when should i listen to those 3 words!?

Tengok gambar Arif and batch seangkatan dengan dia gaduate membuatkan perasaan ini bercampur baur. I'm happy for them, but sad for myself. Tengok gambar dorang ngan famili masing2,. must be a realllly good feeling. next year, turn kawan2 seangkatan dengan aku gak,. and I believe, my heart will be bleeding, again.

Orang cakap benda lepas jangan dikenang. But then, how could I forget the sweetest moment in my life which at the same time the darkest., Yeah, I couldn't. Dulu, masa kat U of T setiap petang dalam perjalanan balik kelas, aku selalu cakap dalam hati; " untung gila dapat masuk U of T. Uni lawa, top, Toronto best, tapi sayang kenapa aku takleh nak perform dalam akademik"., bukan aku x pulun, tapi mungkin x berkesan. Masa 2ndyear, aku makin kamceng ngan geng Malaysian especially budak Mec; apis, rempot, busuk, luke, anap,. dari situ aku banyak perbetulkan teknik belajar aku,. keputusan meningkat, but its too late to cover my bad 1st year GPA.

My dream shattered in just 1 year, after dreaming about since my childhood.

Till now, i can feel something is missing in my life,. a broken dream,. unsettled business in Toronto,. It's like a ghost,. haunting me,. whispering to my ears,. fcking hate it






Wednesday, April 20, 2011

what if i die tonite

Kalau ak xda lag kat dunia,. apala review yang bakal kawan2 aku tulis?

baik
kacak nk mampos,.err
gebang ja lebih
gelabah,.
kelakar,.
perasan,.
mamat kena balik msia
bla3x,.

above all,. ak harap mak ak akan cakap,. "x penah kesal lahirkan dia kat dunia,."
ayah aku cakap., "he is the best,."

those good enuff for me,..

wrapppp up

Salam alaik,.

its been quite a time, that i didn't update this blog. Semua salah tumblr.

Post-exam.

Lebih dari seminggu dah abis exam, tapi masih di IIUM sebab malam ni akan bertolak ke PERLIS untuk Program Baktisiswa Tuaian Kasih 2011. Exam Alhamdulillah ok ja,. walaupun ada banyak dugaan(academic non-related) yang mendatang, still berharap dan berusaha dengan yang terbaik. InshaAllah, walaupun starting this year, holiday will be pretty long( almost 5 months), I'm gonna take some courses during short-sem. Som my real holiday kind of only 2 months. Stick to my aim, to graduate as soon as possible, find job then have a golden time with my parents, family and catss of course. During short-sem, iA, i will join the entrepreneurship club to organize something( not clear about what but business thingy) for graduation fest. Looking forward for that one.

Facebook

I admit, I'm not a pious person. I posted crap of the facebook. Songs, quotes, jokes, jerky jerk, blah-blah2,.. but one night, I had an argument on whether 'music' is halal or haram with my study circle facilitator. He said 'ALL kind of music is haram! ', Then Rabbani, Maher Zain, Raihan, Outlandish came to my mind. What about those kind of music. Against my facilitator 'i'tikad' i said, its not all haram and depend on what kind of music. I told him a story when The Prophet allowed a bunch of women singing during a wedding ceremony. For some reason, my facilitator still didn't agree and i'm ok with it since a good grade for this course is my priority! joke,.. but i remember one thing he mentioned,."if you think music is halal i'm ok. but don't drag others to commit sins by using loud speaker when u listen to those 'lalai' music " i started to insaf and try not to post overreacted or 'lalai' music video on my facebook page.

walaupun ak x post byk pasal hal2 keagamaan, tak bermakna aku ni x ingat agama., dan mereka post bebanyak kt FB tuh, belum tentu faham agama sebenar-benarnya. tu la pandangan peribadi ak. Action speak louder than words anyway,. cam pasang loud speaker,.

Penutup

That's all ,. chow

Friday, January 28, 2011

Owh rindunya

Aku ushar blog "FUMAS - Futsal Masat 2010". Owh rindunya nak main futsal dengan korang. Bila student dah ramai, boleh organize matches time weekend. Terbaek. Aktiviti ni bagus, seperti hadis nabi, akal yang sihat, datang dari badan yang sihat. Camnilah perasaanya, bila teringin nak join tapi terpisah beribu batu, apakan daya.

Aku kat sini, main ngan bola ngan international student, sebab asrama aku dekat dengan stadium yang dimonopoli foreigner especially dari middle east & africa la. Badan gedabak besar, dan dorang main memang serius, xda nak buat2 lawak,. aku cuak, so aku stay belakang tong sampah( actually goal dikira bila shooot kena tong sampah). Tak,. aku stay depan sikit dari tong sampah(defender) kalau confident skit main midfield.

Monday, January 17, 2011

Sekarang ni kalau,..

Sekarang ni kat Toronto, sem baru start. Result exam sem lepas pun baru dikeluarkan secara rasmi. Bila sem baru bermula, maka cabaran baru menanti. Subject2 baru, prof2 baru, buku teks baru,. kasut sekolah baru?! terbaek,.
Kalau aku kat U of T masa ni, selalunya aku akan sibuk cari buku teks, selalunya yang paling murah la jadi pilihan. Boleh cari dari senior atau di website, dan harga boleh runding. Kemudian, tengok course outline subjek semester nih,.ushar tarikh penting cam kuiz, mid term,. kendian cari kertas, tulis, then lekat kat dinding. Tidak dilupakan, structure course tu, cam carry mark untuk kuiz, midterm, assignment @ projek, berapa peratus,..paling penting kena rencana strategi, cmna nak score subjek tuh,. guess what,. aku start amik serius benda2 nih, starting 2nd year.

Bila tengok status member2 kat U of T yang start busy nak discuss pasal project,. rindu ini bertandang lagi. Cam sem ke-4, untuk projek Manufacturing, group members suma budak Malaysia, tinggal lak kat building yang sama. Memang meriah la,. sesi brain storming yang sempoi2, tetapi ada hasil. Kekadanag lepas discuss, termain lak FIFA 11 (Masa tuh, masih tak berjinak-jinak lagi dengan Red Dead Redemption). Untuk projek tu, dapat 90% tak silap. Memang puas hati la,. Course structure kat U of T cam sempoi gak,. sebab projek2 yang prof kasi memang menarik la,. ada yang individual, ada yang berkumpulan,. ada yang senang, ada yang memeningkan,.

Throughout the semester, kalau nak score, kena komited la dengan study,. especially yang average cam aku nih,. kekadang ada subjek yang susah, tapi aku beruntung sebab dikelilingi member2 yang bijak2,. so depa banyak tolong aku,. when I'm struggling with difficulties, I have friend to rely on, problem solved, and I march one step forward,.. kekadang aku nyesal, sebab tak banyak buat group discussion ngan member2 masa first year, and took things for granted,.

Anyway,. kalau stress dengan study, banyak benda boleh dibuat,. contohnya makan sushi, atau pegi Indian Flavor, makan kenyang2 sampai perut kembong,. balik umah, lepak jap, pastu main game,. lepak jap, pastu nengok movie,. lepak jap,. pastu nganjing la sape2 pun,. busuk ke, luq ke, apis pe,. tak pun gi kacau leh sedang berbaring,.. lepas hilang stress, sambung la keje balik,.. ahha,. hari jumaat, aku suka gi katok drum Mus,. pasang lagu kat iPod, pastu try follow drumbeat lagu tuh,.. Kalau nak shahdu2,. gi jejalan petang2 kat Financial District,.but not during winter la,. coz time winter, layan skating la beb,. kalau malas jalan, tengok je pemandangan sunset dari meja study aku,. kalau nak tengok Lake of Ontario, naik tingkat 1402, dari dinding cermin dorang, boleh nampak sipi2 tasik tuh disebalik bangunan2 pencakar langit.,. jadi la,.
Kalau time winter, wajib pegi skating, ski atau snowboarding,.. selalunya, masa winter break seminggu,. ada yang gi travel, terpulangla,.

Ermm,. kalau nak tulis, memang banyak sangat kenangan,.. pahit manis suma ada,. belum lagi aku citer time summer,..lagi best,.. Pendek kata, dunia aku kat Toronto sangat berbeza dan istimewa,. Takda benda yang lagi best bila kita dapat mencapai sesuatu di salah sebuah universiti tebaik dunia,. dikelilingi environment yang happening serta rakan2 yang baik hati,. InshaAllah, aku bertekad untuk balik ke Toronto one day,. tapi keadaan takkan sama lagi,.

Hati mana yang tak sedih bila terpaksa tinggalkan dunia itu,.. tapi hakikat tu mesti ditelan, bak kata Mika dalam lagu Any Other World:

"Say goodbye to the world you thought you lived in"




Sunday, January 9, 2011

LaLaLa, Kerja!

Salam,.

Ramai yang kalau boleh nak graduate cepat-cepat, kerja cepat-cepat,.. That’s normal for almost everyone(including me), except to certain people who prefer to devote their live in studies or educational world. Ada orang yang buat degree, pastu second degree, pastu master, pastu P.H.D pastu,..macam-macam lagi. Regardless of what path that we choose, as long as it can give us satisfaction, that’s cool. Cam aku lak, plan nak grad cecepat, apakan daya, keadaan x mengizinkan.

From my reading about the successful stories of business tycoons, it’s not about how fast you graduate and get a job, but knowing what you want in your life at very early stage that matter most. For example, Warren considered himself to be lucky by knowing what he wanted at the early age.

Steve Forbes: You two are unique. In very different spheres you've each reached a level of success that's almost legendary. What did you do that made you different?

Warren Buffett: Well, I was lucky that I got started early. My dad happened to be in the investment business, so I would go down to his office on Saturdays. At age 7 or so I started reading these books that were around the place. I knew what I wanted to do early. That's a huge advantage.

You don't need a lot of brains in this business. I've always said if you've got an IQ of 160, give away 30 points to somebody else, because you don't need it in investments. What you need is emotional stability. You have to be able to think independently, and when you come to a conclusion you have to really not care what other people say. Just follow the facts and your reasoning. That's tough for a lot of people. But that part, I was just lucky with. I was born that way.

Source: http://www.forbes.com/forbes/2010/1011/rich-list-10-omaha-warren-buffett-jay-z-steve-forbes-summit-interview.html

Encik Din (Pengerusi Kelab UMNO Canada/Engineer at AECON Company) pun pernah pesan, graduate awal atau cepat tidaklah terlalu penting, tapi mengetahui minat dan apa yang hendak dilakukan dalam kehidupan adalah lebih utama. Dia siap pesan lagi, kalau boleh kerja dulu, dan cari minat, pastu baru masuk universiti. (agak pelik idea En Din, tapi make sense!) Apa gunanya kalau graduate awal, tapi TERPAKSA buat kerja yang kita tak ENJOY untuk 30-40 tahun dalam hidup.

Satu lagi pendapat aku, daripada kalut nak graduate awal, baik kalut jaga kesihatan agar hidup lagi lama. Kalau umur 20-an pun dah isap rokok berkotak-kotak, dah capai umur 50-an macam mana agaknya. Kalau badan sihat, time umur 60-70 pun boleh enjoy kerja lagi & travel sana sini. Tengok cam Tun Dr M, umur dah lanjut tapi otak ligat berjalan. Tapi tak semua yang kita rancang kita dapat. Allah know what's the best for us. So, work and pray hard. Aku harap, aku boleh optimize masa hidup aku, dan bagi something untuk dunia ni, sebelum masuk lobang 7 kaki dalam,belakang masjid.

Saturday, December 18, 2010

Cobaan,.

Lama tak update blog syok sendiri nih. Maklumlah, bukan ada siapa nak baca. Tapi kalau bosan-bosan ni, layan jugak tulis. Akhir tahun 2010 @ awal Muharram banyak event:

Masuk UIA
-First week memang letih tahap dewa. Nak kena register course sendiri (Kat U of T, rilek ja, sebab orang dah prepare jadual siap2). Kalau course dah penuh, melilau gak cari profosser, merayu nak masuk kelas dia. Kalau dia baik & prihatin dia kasi la. Selalunya, yang jadi masalah bila kelas tuh melibatkan penggunaan teknologi cam komputer. Sebab, kalau dah dalam bilik tu ada 40 buah komputer, so memang takda harapan nak nak add even for 1 person. In conclusion, 1st week was sooo tiring and imense frustration+ confusion. Terlintas lak dalam hati, apsal la aku datang UIA, baik aku gi UM (aku dapat offer UM gak) but thanks God, i'm able to add few more courses turning my credit hours from 12 to 15++. After this gonna ask for credit tranfer, cause there are few subject that I already took in U of T. The next big challenge is to make friends and soul mate for academic and leisure purpose lah.

p/s: bila tengok student yang bertongkat masa registration period, terasa sangat bersyukur sebab diberi kudrat nak panjat bangunan 3-4 untuk jumpa professor.,haish,. tu pun mengeluh cam hapa lagi.

A letter from creditor agency
-It was Friday morning when everybody was enjoying weekend mood, I received the SMS from Mus saying that i have outstanding phone bill. The creditor agency sent me a letter mentioning that i'm gonna have credit problem for the next 6 years if i didn't pay the bill. What da heck. Benda ni, tak sepatutnya jadi, sebab Mus dah tolong setelkan bill tertunggak aku sebelum aku kasi junior kat Toronto guna number and account aku. Kalau aku tak cari pengganti, aku dikira melanggar kontrak, dan kena bayar ganti rugi kat FIDO. So aku sendiri tak faham kenapa jadi camni, and aku harap benda ni disetel cara baik. Sori Mus, asyik nyusahkan ko. I love Toronto, and I don't want to mess up with she!

Jamming
-Dah lama tak pukul drum. Kat UIA ada team gamelan, angklong, acoustic band, dikir barat, zapin,. and I'm telling you,. the team wasss awesome!!! Bayangkan dorang main lagu waka-waka guna angklong & gamelan,. seriously sedap!

Perginya seorang fighter
-Aku terbaca tulisan arwah kat wbsite I luv Islam. Masa tuh, Arwah masih hidup. Dia nih pelajar perubatan kat UK, dan dikesan menghidap kanser masa 4th year buat medic. Sedih cerita dia. Begitulah perancangan Allah,. kadang-kadang bila aku rasa aku ni malang and cursed(sebab asyik kena masalah) aku akan ingat arwah. Ada orang diuji dengan lebih hebat. Ujian tuhan ni boleh datang anytime, jangan ingat hari ni kita boleh gelak2, esok pun gelak2, lusa gelak2, tulat gelak2,. kita takkan pernah tahu apa yang menanti kita di hadapan. Sebab tu aku pesan kat diri sendiri, kalau senang, jangan lupa mak bapak and of course brother aku, Afif Ali,. aku kalau ada masalah, dia la tempat minta nasihat dan mengadu,. brother aku la jugak tempat aku mintak otak2 JB! So, aku berdoa agar arwah yang bernama Mas Afzal Masarudin ditempatkan bersama mereka yang beriman. Sedih bila aku baca tulisan arwah nih berjudul She Who Never Dissapoints.Dia seorang kawan yang baik dan disenangi orang lain. Bagi aku, dia dah pun menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak, sebab berjaya menjaga dan membahagiakn hati ayah dan ibunya.

Member gua!
-Aku nak mintak maaf kat Imran & Farahin sebab depa ada menegur aku kat YM, tapi aku senyap ja. Seriously guys, I need time for myself and not yet ready to reveal everything. I couldn't imagine, how u guys gonna react if I tell about my 'kepulangan ke Malaysia tercinta'. I miss my friends so much, and looking forward to meet them,..my friends are irreplaceable!

2011!
-Fuhh,. dah nak abis 2010. Cepatnya masa berlalu, rasa macam semalam ja aku amik flight ke London sebelum ke Toronto. Nice lah! Banyak betul benda jadi sepanjang tahun nih! Pahit, manis,.. Pengalaman yang paling tak disangka ialah, bila someone cakap dia sayang, cinta & macam2 lagi nice words (muntah skit) until myself thought she was serious and honest, tapi dia actually tak! yezza, nailed me! Pastu, lepas tau aku kena balik Malaysia, mula2 jarang, last2 terus tak contact! Pergh,. ni la dunia rupanya,. Takpa, belajar dari kesilapan dan pengalaman lalu, and be more matured,. tu la pesanan brother JB ak! Time will keep moving, and I have to keep moving on,. welcome 2011! Hopefully it would be promising and full with achievement year to everyone! Last but not least, memetik kata2 dari blog arwah Mas Afzal;

You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left.

Adios 2010,.bring it on 2011~~~

Happy Awal Muharram, and New Year 2011!!!!



Friday, November 19, 2010

Minutes with Rizal

Lagu best yang rizal penah rekemen kat aku, sebuah band dari Mississauga Canada:



Pesanan Rizal:

Rizal Shah: insya-allah
Rizal Shah: ko just manage time elok2
Rizal Shah: lepas tu banyak tanya kat prof
Rizal Shah: lepas tu kalau kena buat project dlm group
Rizal Shah: cuba cari yg rajin2
Rizal Shah: buat member gan diorang
Rizal Shah: lagipun diorang pun baru nak start first year gak kan
Rizal Shah: so semua pun baru gak
Rizal Shah: tak kenal sgt org lain

rindu dowh:

PHOENIXASM: haha,.
PHOENIXASM: hrap cmtu la
PHOENIXASM: ko kt 21 ke skang?
Rizal Shah: a'a
Rizal Shah: hafiz ada kat sini gak
Rizal Shah: tengah main fifa
PHOENIXASM: bdak 21 tgh wrpe dowh?
PHOENIXASM: jimbit apis
Rizal Shah: ok biar aku update
Rizal Shah: busuk gan dota main dota
Rizal Shah: apis main fifa
Rizal Shah: luq tlg nasihat dia skit
PHOENIXASM: cam siot luke
Rizal Shah: hahaha
PHOENIXASM: seriusly bro,. ak rndu2 moment2 klegend cmtuh
Rizal Shah: aku tau
Rizal Shah: kadang2 waktu mcm nila
Rizal Shah: kita teringat moment mcm tu
Rizal Shah: relaks
Rizal Shah: nanti bila kitorang balik malaysia
Rizal Shah: nanti kitorang lawat ko
Rizal Shah: kita keluar tengok wayang ke
Rizal Shah: makan2 ke
PHOENIXASM: ahaha,..ko pndai menayat la
PHOENIXASM: pttla la suraya suka mendampingi ko
Rizal Shah: hahaha
Rizal Shah: byk la ko

A prayer






O Allah,

make me believe in what I want to achieve,

help me achieve in what I believe.

Show me the right path.

Make me bold and strong to walk through that path.

Sunday, October 24, 2010


Hidup akan jadi macam sial bila makan, tido dan bernafas tanpa matlamat! bs!

Saturday, October 23, 2010

5 Billion, Seratus tingkat

Menara Warisan
Isu Menara Warisan (MW) tak habis lagi. Siap ada group bantah pembinaan menara warisan kat facebook lagi. Aku sebenarnya malas betul nak menulis nih,. bukan ada orang nak baca pun,. bengong atip! Actually aku amat bersetuju dengan pendapat somebody; bila mengkritik idea kerajaan, tak semestinya kita berada di pihak parti pembangkang. Kita sepatutnya menilai kerajaan atau pembangkang pada dasar parti dan pelaksanaanya dengan minda terbuka dan rasional. Bercakap pasal Menara Warisan ni pula, aku bukanlah individu yang layak nak memuktamadkan samada berbaloi atau tak projek nih. Tak pandai manapun, siap kena terminate lagi scholarship aku. Hampeh betul! Tapi, taklah bangang sangat nak diam sahaja. Dari bacaan aku;

1)Menara Warisan ni boleh beri 'double effect' (kesan berganda) pada ekonomi negara. Katanya, menara tu akan dijadikan tempat berniaga bumiputra & bukan bumiputra. So, terbayang dalam kepala ak, macam komtar la kot.
2)Meningkatkan nilai tanah di sekitar kawasan, seperti di Kampung Baru yang akan menguntungkan penduduk si situ yang kebanyakannya Melayu ISLAM.
3)Pengagihan kontrak pembinaan menara tuh, boleh menjadi pintu rezeki la untuk para kontraktor.

Ada yang tak setuju sebab katanya MW ni just Iconic Monument Najib. Aku pikir, bangunan lawa-lawa ni penting juga, sebab ibarat lelaki nak mengorat pompuan, kena la dressing smart2,. camtuh la jugak nak tarik investor, kena la tunjuk pencapaian yang boleh dilihat dengan mata kasar sama. Actually aku malas nak komen pasal MW nih, sebab aku x power langsung pasal economic. Aku pun bukanlah sokong 100% projek ni. Aku noob dowh bab2 nih! Aku kalau boleh nak minta PNB clear everything with fact and figures. One more thing yang aku tau pasal economy nih, bukahlah sesuatu yang binary. Hard to decide whether a specific economic decision is right or wrong. Setiap keputusan pasti ada kesan positif dan negatif. Apa yang boleh dibuat adalah, memaksimumkan kesan positif.

Tak mengapa kalau tak setuju dengan cadangan MW ni. Tapi, its a waste of time la, to bs something without trying to fix it or at least give constructive criticism. Ada yang cadang, gunakan 5 billion untuk hantar pelajar medic ke UK or what so ever. Aku tak setuju cadangan tuh, sebab tak holistik.

IDEAS

Aku ada terbaca surat khabar mengenai satu organisasi yang dikenali sebagai IDEAS. Apa itu IDEAS?

The idea to establish an institute to promote libertarian ideals was first mooted by 3 friends – Wan Saiful Wan Jan, Tunku ‘Abidin Muhriz, and Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad – in early 2006, having realised that there is a need to promote libertarian (classical liberal) ideas to Malaysians in a more strategic and organised fashion.

Click sini untuk ke website IDEAS atau click sini ke laman Facebook depa dan di sini untuk membaca komen Ku Li tentang IDEAS. Aku memang respek dengan founders IDEAS ni. Dorang grad from UK and penglibatan dorang di peringkat antarabangsa sangat mengagumkan. Boleh check profil depa. Salute depa!

Dari apa yang aku baca di newspaper, IDEAS nih, adalah think tank dalam bidang economy. Antaranya, depa buat kajian untuk cuba melaksanakan sesetengah sistem ekonomi yang diguna pakai di UK untuk diamalkan di Malaysia demi memajukan lagi ekonomi di Malaysia sebab sistem pemerintahan di Malaysia dan UK almost da same (monarchy, parliament). Boleh lawat atau join depa untuk dapat maklumat lebih lanjut.

Tuesday, October 19, 2010

Cromwell

It was Sunday evening when I watched 7o's film entitled Cromwell on channel TV2 while having Milo and 'Roti Kering'. The film was already halfway, but still I could understand the main conflict and theme. Disgusted with the policies of King Charles I, Oliver Cromwell plans to take his family to the New World. But on the eve of their departure, Cromwell is drawn into the tangled web of religion and politics that will result in the English Civil War. So, basically its Cromwell VS King Charles I. For more details click here . You can also watch the movie in YouTube. There is one scene that caught my attention. It was very inspiring.

Monday, October 18, 2010

Developed Nation, 2020

When the prime minister ambitiously waging the Wawasan 2020, I can't stop myself from being pessimist. I'm in between, being optimistic or realistic. I would love to see Malaysia as a developed country before 2020. The wages would increase, low unemployment rate and many more benefits. But it seems hard to achieve W2020 as it is just ten years from now, and there are a lot of transformation need to be done and the hardest thing is to build a nation with a first class mentality which Tun have been working on for almost 20 years but still he did not succeed. I don't think the government should rush for 2020. Take time, and always do check and error when implementing strategies toward W2020. Hopefully there wont be irreversible, untraceable mistake that could lead to socio-economic imbalance such as increasing gap between low and high class group hence narrowing the middle class group(capitalist effect). You can read these reports by Proud 2Be Malaysian blog, Forbes , Tony Pua and of course Najib 1 Malaysia to make evaluation. Those who used to live in developed country in North America, Western Europe or Japan have better idea on how a developed country looks like. How the people think and their lifestyle.

Sunday, October 10, 2010

Toronto

I miss Toronto,.
Miss my friends & the lecture room,
I miss it sooo damn much,.
I dream about it,.
Its already October,. can wait for April,.
I promise I'll be there again,.Gonna spend my October and April there,.
but everything wont be da same,. never da same,..


Should or Shouldn't

I applied to do internship in ACM about few weeks ago, and my application have been accepted. At the first glance, ACM is quite a big company with below manufacturing capabilities.

I'm suppose to start my practical this Tuesday, 12 Oct 2010 but I asked for a delay and planned to start on 19 Oct 2010. Erm,. I am in dilemma. It takes around 40 minutes to go to that company by motorcycle. I don't know whether I could stand, waking up at 6++ and start my motorcycle at 7.00 a.m and risk my life to get there.




View Larger Map
The route from the place where I'm temporarily staying to ACM, very close to Thai-Msian border.
ps: Kena test pegi tempat tu this week. Do some calculation on fuel cost, then decide! Tanpa keberanian mimpi takkan bermakna,. peace, and gudnite...


Friday, September 17, 2010

Like Rooni Harun,.


Bukan gambo sebonar.

Its a weird feeling. It feels like Rooni Harun who broken heartedly siting on the supporters bench, watching his comrade playing in the 1st England world Cup final after 100 years waiting, due to a month suspension for unintentionally kicking some bloody Scottish ass. The heart is bleeding and crying to be a part of the game. The faith is soo strong that he will change the game, but the old school FIFA stick with their decision on the banned after 3 times appeal by Rooni. Bullshit this feeling. To make it worst, Rooni already 34 years old. He wont be able to play for the next world cup anymore. He has been working so hard and patiently to be at this final, but not as f**kng supporter. He feels so lonely even thought he is surrounded by the loud hooligan supporters. why?Its simply because he 's a player, not a supporter! Rooni's dream since childhood was shattered. He feels so lonely. Rooni don't really know how could he heal the pain, but he know he must keep moving and achieving. Pity Rooni Harun.